Friday 17 June 2011

ayah yang mata duitan

Seorang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
 
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!" 
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk ke rumahLelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak tuan. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak tuan kerana isteri saya tak akan membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak tuan melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?" 
Si ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu si ayah berkata
"Kalau camtu hang cuba le lagi."

No comments:

Post a Comment