Wednesday, 8 June 2011

Kemakbulan doa sorang anak


Berikut ada kisah doa anak yang 
soleh...amatilah dengan sepenuh hati...





Pada suatu malam Jumaat, seorang ayah mendengar anaknya berdoa.

"Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".
Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Empat bulan selepas kematian si datuk, pada suatu malam jugak, si ayah mendengar anaknya itu berdoa lagi,

"Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau, namun kerisauannya tersebut sememangnya berpatutan kerana pada keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Enam bulan selepas itu kerisauan si ayah mencapai kemuncaknya apabila pada malam Jumaat jugak anak lelakinya itu berdoa,

 "Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana ? Kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau Bang !"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa plak yang terjadi pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab
"Aziz, tukang kebun kita mati sakit jantung pagi tadi ..."

No comments:

Post a Comment