Friday, 10 June 2011

fakta menarik....

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy….,jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca nota ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Dahsyatnya Malam Jumaat...



Malam ini malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu



"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka



" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"



" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?



"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"



" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.



" SODAQALLAHULAZEEM "



Tu lah dahsyat nya malam Jumaat...... 

Wednesday, 8 June 2011

Kemakbulan doa sorang anak


Berikut ada kisah doa anak yang 
soleh...amatilah dengan sepenuh hati...





Pada suatu malam Jumaat, seorang ayah mendengar anaknya berdoa.

"Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".
Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Empat bulan selepas kematian si datuk, pada suatu malam jugak, si ayah mendengar anaknya itu berdoa lagi,

"Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau, namun kerisauannya tersebut sememangnya berpatutan kerana pada keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Enam bulan selepas itu kerisauan si ayah mencapai kemuncaknya apabila pada malam Jumaat jugak anak lelakinya itu berdoa,

 "Ya, Tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana ? Kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau Bang !"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa plak yang terjadi pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab
"Aziz, tukang kebun kita mati sakit jantung pagi tadi ..."

Kena tampar sebab nak pakai tudung..

Ceritanya begini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Norfarahim", tup tup lekat jadi FARAH sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Catatan Duka,






SYARAT YANG DIBERIKAN SORANG JANDA TUK JADI LAKINYA



Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami.
Bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera,
sementara suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain.

Jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga.
Dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya.
Si janda tu meletakkan 3 syarat:

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. hebat di ranjang

so,
Selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat.
Lalu si janda tu pun bukak pintu. Alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.

"Saya datang untuk cuba nasib jadi isteri awak" kata si lelaki kudung tu.

Lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu laki tu berhujah:
"syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi
disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"


"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.


"Eeerrrrr, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu dengan bangganya !

rules in office

1. Rule 1. - The Boss is always right.

2. Rule 2. - If the Boss is wrong, see rule 1.

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.

4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

6.. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.

8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.

10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.

11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn **** about it...

12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.

13.. Following the rules will not get the job done.

14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.

15. Everything can be filed under "Miscellaneous" .

16. No matter how much you do, you never do enough.

17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.

18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

ANak Bapak!!

Seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dengan perkembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...